Kiriman Bulan Istimewa dari DIA
Lagaknya seorang anak kecil terkulai lemah,
matanya tertancap pada satu tempat sahaja,
bila agaknya akan datang detik itu?
Tatkala ibu memanggil,
Anak kecil itu melompat,
Kerna,
Ibu menyampaikan satu berita gembira,
"Adik , dah azan maghrib ni. Mari berbuka bersama-sama!".
Begitulah lagaknya seorang anak kecil, kita pula bagaimana?
Semoga kita memenuhi bulan puasa ini dengan ibadah dan amalan-amalan sunat.
Jangan melepak sahaja tau!
Akhir kata , SELAMAT BERPUASA.