Program Jom Balik Kampung Raya 2013
Bismilahirrahmanirrahim
Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga asrama, sebab apa sebab pada hari ini para pelajar akan pulang ke kampung masing-masing.Malahan, Umat Islam akan menyambut hari kemenangan yang bakal tiba tidak lama lagi.
" yeah , hari ini balik "
" Bila balik, nak beli baju raya, kasut raya , eh baju raya awak warna apa?"
" tahun ni mesti kumpul duit raya banyak-banyak "
Itulah perbualan para pelajar asrama yang sering diperbualkan sejak akhir akhir ini.Keseronokan para pelajar semakin bertambah apabila Lajnah Seranta & Siaraya mengadakan program Jom Balik Raya.Apa tidaknya program ini menambahkan rasa seronok para pelajar asrama untuk pulang ke desa.
Sebaik sahaja lajnah mengumumkankan program ini, para pelajar berlumba-lumba untuk menghantar nama kerana "first come first serve" tambah-tambah ada trip yang dilancarkan pada waktu pagi.Program ini mempunyai 3 trip. Trip pertama akan pergi ke Rengit.kemudian diikuti trip kedua dan trip ketiga selepas solat Jumaat.Kedua-dua trip ini akan pergi ke Stesen Bas Batu Pahat. Hal ini demikian akan para pelajar asrama kebanyakannya akan berhenti di Stesen Bas Batu Pahat dan meneruskan perjalanannya mengikuti bas yang lain. Program ini dirasmikan oleh Ustaz Omar bin Salleh, pengetua SMKA Maahad Muar, Sekolah Kluster Kecemerlangan.
Terserlah wajah-wajah kegembiraan anak-anak maahad untuk pulang ke desa.Setelah meneruskan perjuangan sebulan berpuasa di Maahad mengukir beribu-ribu memori sebagai seorang pelajar.Sebagai contoh, kami juga turut dibenarkan pergi ke Bazar Ramadhan di depan sekolah.Pelbagai juadah dijual di gerai-gerai bazar Ramadhan.Sungguhpun makanan berbuka puasa di asrama sebenarnya telah cukup untuk kami,namun perasaan mengunjungi bazar Ramadhan memang amat menyeronokkan.Kami juga dapat menambahkan amal apabila saling belanja sahabat-sahabat membeli makanan untuk juadah berbuka puasa.
Dalam kegirangan kami ingin pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri , tersisip juga perasaan sedih di sudut hati ini kerana bulan Ramadhan akan pergi meninggalkan kami.Aktiviti yang kami jalankan ketika Bulan Ramadhan sememangnya berbeza dengan aktiviti harian.Sebagai contoh, pada waktu pulang dari sekolah kami tidak makan tengah hari tetapi digantikan dengan tadarus bersama kumpulan usrah.Ya Allah, izinkan kami bertemu lagi bulan yang mulia ini pada tahun hadapan.
Malahan, pelajar Maahad sentiasa diingatkan oleh para guru apabila pulang ke kampung, masih ada lagi beberapa hari pada Bulan Ramadhan.Oleh itu jangan kita bazirkan dengan kesibukan dunia namun berusahalah untuk menambah keimanan di dalam hati.
Mudah-mudahan kami warga Maahad Muar dipertemukan lagi dengan Bulan Ramadhan pada tahun hadapan... InsyaAllah. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri & maaf zahir batin kepada semua ^_^