MAJLIS PENYERAHAN DORM ANGKAT
TARIKH: 5 April 2015
DI: Surau Umar Abdul Aziz
Majlis penyerahan dorm angkat telah diadakan selepas para pelajar asrama selesai menunaikan Solat Fardhu Maghrib secara berjemaah. Dorm diserahkan kepada mentor masing-masing yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, warden asrama dan guru-guru TMUA termasuk pengetua. Taklimat Transformasi Asrama (TAH) turut disempurnakan oleh Bonda Pengetua, Pn Hatina binti Yaakob.