Slide show

1 / 10
 photo gamba_00000_zpsbypq7zzy.jpg
Barisan kepimpinan pelajar asrama untuk sesi 2016/2017 tampil dengan imej baharu!
2 / 10
 photo hfiz midonn_zpsatduoipm.jpg
Kehadiran Hafiz Hamidun memeriahkan Konsert Gema Mujahadah di SMKA Maahad Muar.
3 / 10
 photo gamba1_00000_zpswe44vm4k.jpg
Pelajar asrama SMKA Maahad Muar kreatif menghasilkan hiasan menggunakan barang-barang terpakai.
4 / 10
 photo gamba7_00000_zpslhcm2f7a.jpg
"Anugerah Huffaz Harapan".Tahniah adik!
5 / 10
 photo gamba5_00000_zpsmhlyu7mq.jpg
Para pelajar menghayati aktiviti berqasidah sehingga menitiskan air mata.
6 / 10
 photo gamba6_00000_zpsy5ddery2.jpg
Pelajar asrama SMKA Maahad Muar amat mementingkan kebersihan kerana 'Kebersihan itu sebahagian daripada iman.'
7 / 10
 photo gamba3_00000_zps59xeirjo.jpg
Majlis Jamuan Akhir Tahun bertemakan Retro ;menggamit memori,menjejak akar budi.
8 / 10
 photo gamba4_00000_zpszq45b9ks.jpg
Aktiviti Usrah merapatkan ukhuwah dalam kalangan pelajar walaupun berbeza tingkatan.
9 / 10
 photo gamba8_00000_zpseoqqglim.jpg
"Yang muda disayangi,Yang tua dihormati ^^ "
10 / 10
 photo gamba2_00000_zpsbcpeylsp.jpg
Lujnah Muslimin bergambar sebagai kenangan

Asrama SMKA Maahad Muar 2017/2018. Powered by Blogger.

Program 'Roadshow' IPG Kampus Tuanku Bainun

Assalamualaikum W.B.T.


Warga asrama SMKA Maahad Muar telah didatangi seramai kira-kira 22 orang penuntut IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Mereka sedang melakukan 'roadshow' dari sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain. Kedatangan mereka ke sini disambut meriah oleh warga Asrama SMKA Maahad Muar.




Program tersebut dinamakan sebagai program Qasidah Bersama IPG Kampus Tuanku Bainun Pulau Pinang. Majlis dimulakan tepat pada jam 7.30 malam. Kami telah diperdengarkan dengan 3 buah qasidah dan diselang-selikan dengan tazkirah ringkas oleh Sheikh Hashim yang merupakan penuntut di institut tersebut.




Di samping itu, mereka telah membuat promosi buku-buku terbitan mereka seperti Ubat Hati, Hadis dan Qasidah.




Buku-buku ini dijual dengan potongan harga istimewa kepada para pelajar. Mereka menginap di Asrama SMKA Maahad Muar selama 2 hari 1 malam sebelum meneruskan 'roadshow' mereka di lokasi lain.




Warga Asrama SMKA Maahad Muar mengucapkan jutaan terima kasih kepada penuntut-penuntut IPG Kampus Tuanku Bainun Pulau Pinang kerana sudi meluangkan masa untuk hadir berkongsi ilmu bersama kami di sini.

Popular Posts

Youtube