Slide show

1 / 10
 photo gamba_00000_zpsbypq7zzy.jpg
Barisan kepimpinan pelajar asrama untuk sesi 2016/2017 tampil dengan imej baharu!
2 / 10
 photo hfiz midonn_zpsatduoipm.jpg
Kehadiran Hafiz Hamidun memeriahkan Konsert Gema Mujahadah di SMKA Maahad Muar.
3 / 10
 photo gamba1_00000_zpswe44vm4k.jpg
Pelajar asrama SMKA Maahad Muar kreatif menghasilkan hiasan menggunakan barang-barang terpakai.
4 / 10
 photo gamba7_00000_zpslhcm2f7a.jpg
"Anugerah Huffaz Harapan".Tahniah adik!
5 / 10
 photo gamba5_00000_zpsmhlyu7mq.jpg
Para pelajar menghayati aktiviti berqasidah sehingga menitiskan air mata.
6 / 10
 photo gamba6_00000_zpsy5ddery2.jpg
Pelajar asrama SMKA Maahad Muar amat mementingkan kebersihan kerana 'Kebersihan itu sebahagian daripada iman.'
7 / 10
 photo gamba3_00000_zps59xeirjo.jpg
Majlis Jamuan Akhir Tahun bertemakan Retro ;menggamit memori,menjejak akar budi.
8 / 10
 photo gamba4_00000_zpszq45b9ks.jpg
Aktiviti Usrah merapatkan ukhuwah dalam kalangan pelajar walaupun berbeza tingkatan.
9 / 10
 photo gamba8_00000_zpseoqqglim.jpg
"Yang muda disayangi,Yang tua dihormati ^^ "
10 / 10
 photo gamba2_00000_zpsbcpeylsp.jpg
Lujnah Muslimin bergambar sebagai kenangan

Asrama SMKA Maahad Muar 2017/2018. Powered by Blogger.

MAULIDURRASUL 2013

Pada bulan 2 yang lepas, pasti semua masih lagi teringat akan sambutan malam maulidur rasul bukan !? Al-maklumlah,muslimin dan muslimat sekalian kan sayang pada Rasullah s.a.w..betul tak ?cerita pasal malam tu...malam sempena kelahiran nabi kesayangan kita...terasa sungguh gembira dan menyayat hati.Kehadiran seorang penceramah kita yang berkopiah putih ,diikuti jubah berwarna kelabu dan dipadankan lagi misai yang agak halus sudah cukup menampakkan kecomelan dan keceriaan di mukannya !

 Dimulakan majlis ilmu pada malam itu dengan satu tayangan yang sudah menjadi kegemaran semua pelajar asrama SMKA MAAHAD MUAR .Pantang ya jika pelajar kita ni dengar tentang tayangan !Tayangan yang berkisahkan tentang Rasullah s.a.w di dalam bahasa arab..Suara latar belakang yang didengari seakan seorang lelaki berbangsa arab sedang berdakwah. . .suaranya yang agak garau dan lantang itu dapat menggentarkan dan terus menusuk jiwa dan sanubari kita semua !Ustaz Mahyuddin juga ada menerangkan sedikit sebanyak tentang maksudnya.Takkan la muslimin dan muslimat sekalian tak faham ?antunna semua ni kan stars arab!!

 Ada hadis yang menyatakan sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat. Semoga dengan penyampaian ilmu oleh Ustaz Mahyuddin pada malam itu dapat menyemarakkan lagi rasa cinta seterusnya membentuk iman yang lebih kukuh.





Popular Posts

Youtube