Slide show

1 / 10
 photo gamba_00000_zpsbypq7zzy.jpg
Barisan kepimpinan pelajar asrama untuk sesi 2016/2017 tampil dengan imej baharu!
2 / 10
 photo hfiz midonn_zpsatduoipm.jpg
Kehadiran Hafiz Hamidun memeriahkan Konsert Gema Mujahadah di SMKA Maahad Muar.
3 / 10
 photo gamba1_00000_zpswe44vm4k.jpg
Pelajar asrama SMKA Maahad Muar kreatif menghasilkan hiasan menggunakan barang-barang terpakai.
4 / 10
 photo gamba7_00000_zpslhcm2f7a.jpg
"Anugerah Huffaz Harapan".Tahniah adik!
5 / 10
 photo gamba5_00000_zpsmhlyu7mq.jpg
Para pelajar menghayati aktiviti berqasidah sehingga menitiskan air mata.
6 / 10
 photo gamba6_00000_zpsy5ddery2.jpg
Pelajar asrama SMKA Maahad Muar amat mementingkan kebersihan kerana 'Kebersihan itu sebahagian daripada iman.'
7 / 10
 photo gamba3_00000_zps59xeirjo.jpg
Majlis Jamuan Akhir Tahun bertemakan Retro ;menggamit memori,menjejak akar budi.
8 / 10
 photo gamba4_00000_zpszq45b9ks.jpg
Aktiviti Usrah merapatkan ukhuwah dalam kalangan pelajar walaupun berbeza tingkatan.
9 / 10
 photo gamba8_00000_zpseoqqglim.jpg
"Yang muda disayangi,Yang tua dihormati ^^ "
10 / 10
 photo gamba2_00000_zpsbcpeylsp.jpg
Lujnah Muslimin bergambar sebagai kenangan

Asrama SMKA Maahad Muar 2016/2017. Powered by Blogger.

Kem Kepimpinan Asrama 2013/2014 Puteri Resort, Melaka.



“Malam ni lepas prep berkumpul dekat kelas 4 adib.”
“Ada apa ?”
“Meeting.”

Assalamualaikum.

Ini post pertama. Rasa macam berdebar pula. Dan ini juga merupakan cerita awal bagi kami, exco asrama sesi 2013/2014. Penjejakan awal dan menghadiri meeting malam tu,



“Tahun ni Majlis Perwakilan Asrama (MPA), kami hantar awak semua kat Puteri Resort, Melaka.”



Senyum. Senyap. Ada yang mengeluh. Ada yang taknak. Ada yang dah rasa excited nak pergi. Mana taknya, Puteri Resort tu, awal-awal dah diberitahu, kat sana ada swimming pool. Yang nampak menarik dan menambah keinginan kami semua untuk pergi ke sana tu, iftar kat hotel tu. Mungkin ada antara kami yang dah biasa pergi hotel, tapi ramai sebenarnya antara kami orang kampung. Original. Makan ubi kayu rebus dengan gula setiap hari. Siapa tahu kan ? ^^

26 Julai hingga 28 Julai 2013. Menambah satu lagi mukasurat baru dalam bab kenangan kami sebagai pelajar. Menambah satu lagi bab memori yang menjadi pengalaman, mungkin indah, mungkin tidak kepada kami. Mungkin ringan penerimaannya, tetapi amat berat memikulnya.

Bismillah. Usai solat Jumaat, kami diminta berkumpul di tapak bas. Sekitar jam 3 petang, kami mula bertolak ke destinasi. Muar – Melaka macam Maahad – Tanjung sahaja :) Berapa lah sangat jauhnya tu. Masuk highway, keluar tol, haaaa jumpa pun Puteri Resort. Dekat sahaja. Alhamdulillah, selamat pun sampai :)

Sesampai sahaja kami di sana, check in :) Kami diminta untuk mencari ahli bilik, berempat-empat. Selepas diberi kunci bilik berbentuk kad, serta kupon untuk bersahur dan berbuka, kami menuju ke bilik. Selepas itu, kami solat asar dan berkumpul semula ni lobby.

Dalam sesi ice breaking, kami dibahagikan dalam kumpulan. Kemudian, kami bergerak ke sekitar resort seperti dewan solat (ballroom), dewan seminar, tempat makan dan lain-lain lagi. Dalam sesi Ice breaking, kami diminta bergerak dalam kumpulan. Kumpulan mula diberi nama berdasarkan haiwan. Rasa menarik pula. Kucing, harimau, burung, lipas, monyet. Macam-macam :)

Kerja pertama kami dalam kumpulan ialah mengaitkan kepimpinan dengan nama kumpulan kami. Yang nama kumpulan lipas tu macam mana pula ya ? Sesi pembentangan selepas itu berjalan dengan baik. Alhamdulillah :) habis sahaja sesi ice breaking, jam menunjukkan sekitar jam 7 malam. Jom iftar !

Usai solat terawih secara berjemaah di dewan solat, bertemu kami di slot kedua bersama Pengetua tercinta, Ustaz Omar bin Salleh :) Ucaptama pengetua pada kali ini membawa topic TRANSFORMASI ASRAMA.



Dan perkara yang ditekankan, ini !

K = KONDUSIF
E = EKSKLUSIF
M = MENARIK
A = ANGGUN
S = SELESA

Tamat slot pertama. Masa untuk kami tidur ! terasa penat dibadan, dengan sekolah pada waktu pagi. Yang best bilik hotel ni, sebab memang hotel la kan. Bukan macam HOSTEL. Tapi HOTEL. Ada tv, ada aircond, heater. Macam tak pernah jumpa pula kan ? Haha.




Hari 2. 27 Julai 2013.

Bertemu kami di slot 3 dengan topik, DISIPLIN ASRAMA DAN PENGURUSANNYA. Slot pada kali ini disampaikan oleh Ustaz Sabri :) common thing la, hostel dan disiplin macam suami isteri. Takkan terpisah.  Dan tidak mungkin boleh dipisahkan. Biasa la kalau bercakap soal disiplin. Masa. Tingkahlaku yang perlu dijaga. Insya-Allah, akan kami bentuk dengan sebaiknya disiplin pelajar asrama. Sedaya upaya yang boleh kami lakukan.

Pada jam 10.30 pagi, slot 4. Bersama Pengetua SMKA JB, Hj Ismail bin Rosdi.

Dan hasilnya ini !

C = CARING
U = UNDERSTANDING
T = TRUSTING

A = APPLE
P = POSITIVE THINKING
P = PATIENCE
L = LISTENING
E = EMPATHY

A = ASSERTIVE

I CARE, YOU SHARE :)
NAPOLEAN HILL’S
1.       Positive thinking
2.       Sihat tubuh badan
3.       Harmony in relationship
4.       Freedom from fear
5.       The hope of achievement
6.       The capacity of Faith
7.       A willingness to share one’s blessing
8.       A labor of time
9.       An open mind on all subjects
10.   Self discipline
11.   The capacity to understand people
12.   Financial security


SIFAT PEMIMPIN :
1.       Bersyukur
2.       Tidak boleh marah
3.       Senyum selalu
4.       Asalkan bahagia
5.       No unfinished business
6.       Lihat dalan diri
7.       Menyimpan rahsia rakan
8.       “Walk your talk”
9.       Ambil bahagian

Dan banyak lagi pengisian yang lain.



Slot 5. Pada waktu petang usai solat zohor. Antara slot yang terpenting sekali. PELAN OPERASI DAN STRATEGIK ASRAMA. Slot ini dikendalikan oleh ketua warden iaitu, Ustaz Sani dan Ustazah Imratun. Disinilah bermulanya sebenar-benar cerita kami. Selepas disampaikan sedikit pengenalan terhadap topic utama, kami dibahagikan tugas dan jawatan yang bakal kami pegang di asrama. Bakal sahaja, belum tentu lagi, dan semestinya banyak perubahan jawatan yang bakal kami lihat di kemudian nanti.

Pelajar muslimin dan muslimat diberikan tugas dan kami diminta memerah otak dan mengeluarkan segala idea untuk mengadakan program sepanjang tahun dalam bidang kami. Disinilah pengenalan kami terhadap PELAN TAKTIKAL dan sebagainya.

Selesai slot 5, waktu riadah ! aktiviti yang amat menggembirakan buat pelajar muslimin -.- muslimat ? sama sahaja macam di hostel pada waktu petang, duduk dalam bilik. Kalau tidak pun, ambil angin sebentar di sekitar kawasan resort. Swimming pool ? 1.2 Meter. No girls allowed (Maahad). Hihi ^^

Slot 7. KERTAS KERJA DAN DOKUMENTASI. Dikendalikan oleh Puan Farahdila dan Cik Anita :) agak berat juga slot ini, mana tidaknya, nama pun kertas KERJA. Bila kertas KERJA, kami diminta untuk mengerah idea dan membuat kerja. Walhal, pengisiannya tidaklah terlalu berat. Senang sahaja. Seperti membuat laporan aktviti, macam ni.

Slot pada malam itu berakhir agak lewat, sekitar jam 12 malam, barulah kami pulang ke bilik masing-masing. Almaklumlah, slot ini agak panjang, dengan perbincangan bersama partner masing-masing. Itu yang habis lambat tu. Ahamdulillah, tamat hari kedua kami :)


Hari 3. 28 Julai 2013, Ahad.


Hari terakhir ! Nama pun hari terakhir, apa lagi. Bergambar la :) sesi REFLEKSI DAN MAJLIS PENUTUP pada pagi itu berjalan dengan cukup relaks dan sempurna. Mengabdikan kenangan di Puteri Resort. sakan la bergambar. Here some pic of us. Nah hadiah ;)

Check out. Balik ! Penat terasa di badan. Dalam perjalanan pulang ke asrama tercinta, dalam bas. Tidur. Sesampai sahaja di Maahad, azan zohor. Alhamdulillah. Selesai kerja pertama. Selesai kem pertama :) apa lagi cerita lepas ni ?






Popular Posts

Youtube