Slide show

1 / 10
 photo gamba_00000_zpsbypq7zzy.jpg
Barisan kepimpinan pelajar asrama untuk sesi 2016/2017 tampil dengan imej baharu!
2 / 10
 photo hfiz midonn_zpsatduoipm.jpg
Kehadiran Hafiz Hamidun memeriahkan Konsert Gema Mujahadah di SMKA Maahad Muar.
3 / 10
 photo gamba1_00000_zpswe44vm4k.jpg
Pelajar asrama SMKA Maahad Muar kreatif menghasilkan hiasan menggunakan barang-barang terpakai.
4 / 10
 photo gamba7_00000_zpslhcm2f7a.jpg
"Anugerah Huffaz Harapan".Tahniah adik!
5 / 10
 photo gamba5_00000_zpsmhlyu7mq.jpg
Para pelajar menghayati aktiviti berqasidah sehingga menitiskan air mata.
6 / 10
 photo gamba6_00000_zpsy5ddery2.jpg
Pelajar asrama SMKA Maahad Muar amat mementingkan kebersihan kerana 'Kebersihan itu sebahagian daripada iman.'
7 / 10
 photo gamba3_00000_zps59xeirjo.jpg
Majlis Jamuan Akhir Tahun bertemakan Retro ;menggamit memori,menjejak akar budi.
8 / 10
 photo gamba4_00000_zpszq45b9ks.jpg
Aktiviti Usrah merapatkan ukhuwah dalam kalangan pelajar walaupun berbeza tingkatan.
9 / 10
 photo gamba8_00000_zpseoqqglim.jpg
"Yang muda disayangi,Yang tua dihormati ^^ "
10 / 10
 photo gamba2_00000_zpsbcpeylsp.jpg
Lujnah Muslimin bergambar sebagai kenangan

Asrama SMKA Maahad Muar 2017/2018. Powered by Blogger.

Gotong-royong Asrama :)




“Perhatian kepada semua pelajar asrama, anda diminta untuk turun ke daratan roll call sekarang juga kerana kerja kebersihan akan dimulakan sebentar sahaja lagi.”



Assalamualaikum.



Pada 29 Disember 2013 yang lalu, para lajnah telah diminta untuk pulang awal ke asrama bagi menyediakan penginapan yang selesa untuk pelajar asrama yang bakal pulang ke asrama pada 31 Disember 2013 yang lalu.



Apa yang kami lakukan ?



Kira bilangan katil setiap dorm, rak kasut, angkat locker sana sini. Almaklumlah, kami kan sayang adik adik semua :) ewahh.


Gotong royong yang dijalankan di asrama bukan setakat awal tahun sahaja, malahan setiap minggu. Setiap minggu pada hari Sabtu pagi, kami, warga asrama akan membersihkan kawasan asrama. Bermula dari tandas, koridor, ampaian, bilik-bilik khas dan juga dorm masing-masing. Lajnah 3K akan memantau kerja-kerja yang telah dibahagikan mengikut dorm.

amboi. sukanya :)

sampah yang telah dikumpulkan dibawa ke belakang, tempat pengumpulan sampah.


Sama-samalah menjaga kebersihan asrama untuk kesihatan yang baik buat semua :)


Wassalam.


::: Setiausaha Asrama



Popular Posts

Youtube