Slide show

1 / 10
 photo gamba_00000_zpsbypq7zzy.jpg
Barisan kepimpinan pelajar asrama untuk sesi 2016/2017 tampil dengan imej baharu!
2 / 10
 photo hfiz midonn_zpsatduoipm.jpg
Kehadiran Hafiz Hamidun memeriahkan Konsert Gema Mujahadah di SMKA Maahad Muar.
3 / 10
 photo gamba1_00000_zpswe44vm4k.jpg
Pelajar asrama SMKA Maahad Muar kreatif menghasilkan hiasan menggunakan barang-barang terpakai.
4 / 10
 photo gamba7_00000_zpslhcm2f7a.jpg
"Anugerah Huffaz Harapan".Tahniah adik!
5 / 10
 photo gamba5_00000_zpsmhlyu7mq.jpg
Para pelajar menghayati aktiviti berqasidah sehingga menitiskan air mata.
6 / 10
 photo gamba6_00000_zpsy5ddery2.jpg
Pelajar asrama SMKA Maahad Muar amat mementingkan kebersihan kerana 'Kebersihan itu sebahagian daripada iman.'
7 / 10
 photo gamba3_00000_zps59xeirjo.jpg
Majlis Jamuan Akhir Tahun bertemakan Retro ;menggamit memori,menjejak akar budi.
8 / 10
 photo gamba4_00000_zpszq45b9ks.jpg
Aktiviti Usrah merapatkan ukhuwah dalam kalangan pelajar walaupun berbeza tingkatan.
9 / 10
 photo gamba8_00000_zpseoqqglim.jpg
"Yang muda disayangi,Yang tua dihormati ^^ "
10 / 10
 photo gamba2_00000_zpsbcpeylsp.jpg
Lujnah Muslimin bergambar sebagai kenangan

Asrama SMKA Maahad Muar 2016/2017. Powered by Blogger.

Jamuan Sambutan Hari Lahir & Perpisahan Mantan Penyelia Asrama


Assalamualaikum.




Pada 21 April 2014, Isnin yang lalu, Asrama SMKA Maahad Muar telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir & perpisahan bersama Mantan Penyelia Asrama, En Othman bin Jantan.

ketibaan Tn Hj Omar bin Salleh.
Mantan penyelia asrama, En Othman bin Jantan
 

Bacaan doa oleh Lajnah Tugas-Tugas Khas, Khairul Auni Adli

 

 

Upacara Pemotongan Kek bagi wakil setiap bulan dari Januari hingga April :)




Sambutan sederhana yang diadakan itu adalah bagi meraikan ulangtahun kelahiran pelajar asrama dari bulan January hingga April serta perpisahan mantan penyelia asrama, En Othman bin Jantan yang telah berpindah ke SMK Bandar Maharani.



Cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh para lajnah dan warden bagi persiapan tempat majlis sedikit merunsingkan. Namun, Alhamdulillah. Usaha dan ikhtiar yang dilakukan mampu saja mengatasi masalah yang ada secara bersama - walaupun terdapat kekurangan ketika majlis berjalan. Almaklumlah, majlis ketika hari persekolahan ~


antara para pelajar dari sekolah SMA Saidatina Khadijah, Melaka


Pada awalnya, kami telah menetapkan untuk mengadakan majlis tersebut di hadapan Surau Umar Abdul Aziz. Namun, rezeki melimpah ruah pada petang itu dengan turunnya hujan seiring bersama azan asar. Tepat jam 5.40 petang, venue terpaksa ditukar ke Dewan Al-Khawarizmi. Sebenarnya, Dewan Al-Khawarizmi akan digunakan pada keesokan harinya bagi Pertandingan Drama Bahasa Melayu Peringkat Daerah. Sebab itulah venue telah ditetapkan di hadapan surau – sama seperti majlis sebelum ini.




Majlis bermula pada jam 8.15 pm usai sahaja para pelajar menunaikan solat fardhu maghrib. Ketibaan Tn Hj Omar bin Salleh, En Othman bin Jantan, para warden dan penyelia asrama diiring dengan alunan selawat oleh para pelajar. Menu pada malam itu adalah nasi ayam dan kek cawan. Alhamdulillah, walaupun simple :)

Tentative Program 



Selesai sahaja majlis, para pelajar yang lahir pada bulan Januari hingga April diminta untuk naik ke pentas bagi menikmati hidangan kek. Nyanyian untuk diri masing-masing diraikan bersama. Ewahh x)







Tamatlah sudah majlis ~


Kerja-kerja pembersihan dewan dijalankan bersama lajnah, para warden serta pelajar lelaki tingkatan 2. Pelajar asrama yang lain terus ke surau untuk solat isyak dan prep !


Wassalam :)


:: Setiausaha Asrama ::


Popular Posts

Youtube