Kem Kepimpinan Asrama 2013/2014 Puteri Resort, Melaka.
“Malam ni lepas prep berkumpul dekat kelas 4 adib.”
“Ada apa ?”
“Meeting.”
Assalamualaikum.
Ini post pertama. Rasa macam berdebar pula. Dan ini juga
merupakan cerita awal bagi kami, exco asrama sesi 2013/2014. Penjejakan awal
dan menghadiri meeting malam tu,
“Tahun ni Majlis
Perwakilan Asrama (MPA), kami hantar awak semua kat Puteri Resort, Melaka.”
Senyum. Senyap. Ada yang mengeluh. Ada yang taknak. Ada yang dah rasa excited nak pergi. Mana taknya, Puteri Resort tu, awal-awal dah diberitahu, kat sana ada swimming pool. Yang nampak menarik dan menambah keinginan kami semua untuk pergi ke sana tu, iftar kat hotel tu. Mungkin ada antara kami yang dah biasa pergi hotel, tapi ramai sebenarnya antara kami orang kampung. Original. Makan ubi kayu rebus dengan gula setiap hari. Siapa tahu kan ? ^^
26 Julai hingga 28 Julai 2013. Menambah satu lagi mukasurat
baru dalam bab kenangan kami sebagai pelajar. Menambah satu lagi bab memori
yang menjadi pengalaman, mungkin indah, mungkin tidak kepada kami. Mungkin ringan
penerimaannya, tetapi amat berat memikulnya.
Bismillah. Usai solat Jumaat, kami diminta berkumpul di
tapak bas. Sekitar jam 3 petang, kami mula bertolak ke destinasi. Muar – Melaka
macam Maahad – Tanjung sahaja :) Berapa lah sangat jauhnya tu. Masuk highway,
keluar tol, haaaa jumpa pun Puteri Resort. Dekat sahaja. Alhamdulillah, selamat
pun sampai :)
Sesampai sahaja kami di sana, check
in :) Kami diminta untuk mencari ahli bilik, berempat-empat. Selepas diberi
kunci bilik berbentuk kad, serta kupon untuk bersahur dan berbuka, kami menuju
ke bilik. Selepas itu, kami solat asar dan berkumpul semula ni lobby.
Dalam sesi ice breaking, kami dibahagikan dalam kumpulan.
Kemudian, kami bergerak ke sekitar resort seperti dewan solat (ballroom), dewan
seminar, tempat makan dan lain-lain lagi. Dalam sesi Ice breaking, kami diminta
bergerak dalam kumpulan. Kumpulan mula diberi nama berdasarkan haiwan. Rasa
menarik pula. Kucing, harimau, burung, lipas, monyet. Macam-macam :)
Kerja pertama kami dalam kumpulan ialah mengaitkan
kepimpinan dengan nama kumpulan kami. Yang nama kumpulan lipas tu macam mana
pula ya ? Sesi pembentangan selepas itu berjalan dengan baik. Alhamdulillah :)
habis sahaja sesi ice breaking, jam menunjukkan sekitar jam 7 malam. Jom iftar
!
Usai solat terawih secara berjemaah di dewan solat, bertemu
kami di slot kedua bersama Pengetua tercinta, Ustaz Omar bin Salleh :) Ucaptama
pengetua pada kali ini membawa topic TRANSFORMASI ASRAMA.
Dan perkara yang ditekankan, ini !
K = KONDUSIF
E = EKSKLUSIF
M = MENARIK
A = ANGGUN
S = SELESA
Tamat slot pertama. Masa untuk kami tidur ! terasa penat
dibadan, dengan sekolah pada waktu pagi. Yang best bilik hotel ni, sebab memang
hotel la kan. Bukan macam HOSTEL. Tapi HOTEL. Ada tv, ada aircond, heater. Macam
tak pernah jumpa pula kan ? Haha.
Hari 2. 27 Julai 2013.
Bertemu kami di slot 3 dengan topik, DISIPLIN ASRAMA DAN
PENGURUSANNYA. Slot pada kali ini disampaikan oleh Ustaz Sabri :) common thing
la, hostel dan disiplin macam suami isteri. Takkan terpisah. Dan tidak mungkin boleh dipisahkan. Biasa la
kalau bercakap soal disiplin. Masa. Tingkahlaku yang perlu dijaga. Insya-Allah,
akan kami bentuk dengan sebaiknya disiplin pelajar asrama. Sedaya upaya yang
boleh kami lakukan.
Pada jam 10.30 pagi, slot 4. Bersama Pengetua SMKA JB, Hj
Ismail bin Rosdi.
Dan hasilnya ini !
C = CARING
U = UNDERSTANDING
T = TRUSTING
A = APPLE
P = POSITIVE THINKING
P = PATIENCE
L = LISTENING
E = EMPATHY
A = ASSERTIVE
I CARE, YOU SHARE :)
NAPOLEAN HILL’S
1.
Positive thinking
2.
Sihat tubuh badan
3.
Harmony in relationship
4.
Freedom from fear
5.
The hope of achievement
6.
The capacity of Faith
7.
A willingness to share one’s blessing
8.
A labor of time
9.
An open mind on all subjects
10.
Self discipline
11.
The capacity to understand people
12.
Financial security
SIFAT PEMIMPIN :
1.
Bersyukur
2.
Tidak boleh marah
3.
Senyum selalu
4.
Asalkan bahagia
5.
No unfinished business
6.
Lihat dalan diri
7.
Menyimpan rahsia rakan
8.
“Walk your talk”
9.
Ambil bahagian
Dan banyak lagi pengisian yang lain.
Slot 5. Pada waktu petang usai solat zohor. Antara slot yang terpenting sekali. PELAN OPERASI DAN STRATEGIK ASRAMA. Slot ini dikendalikan oleh ketua warden iaitu, Ustaz Sani dan Ustazah Imratun. Disinilah bermulanya sebenar-benar cerita kami. Selepas disampaikan sedikit pengenalan terhadap topic utama, kami dibahagikan tugas dan jawatan yang bakal kami pegang di asrama. Bakal sahaja, belum tentu lagi, dan semestinya banyak perubahan jawatan yang bakal kami lihat di kemudian nanti.
Pelajar muslimin dan muslimat diberikan tugas dan kami diminta
memerah otak dan mengeluarkan segala idea untuk mengadakan program sepanjang
tahun dalam bidang kami. Disinilah pengenalan kami terhadap PELAN TAKTIKAL dan
sebagainya.
Selesai slot 5, waktu riadah ! aktiviti yang amat
menggembirakan buat pelajar muslimin -.- muslimat ? sama sahaja macam di hostel
pada waktu petang, duduk dalam bilik. Kalau tidak pun, ambil angin sebentar di
sekitar kawasan resort. Swimming pool ? 1.2 Meter. No girls allowed (Maahad).
Hihi ^^
Slot 7. KERTAS KERJA DAN DOKUMENTASI. Dikendalikan oleh Puan
Farahdila dan Cik Anita :) agak berat juga slot ini, mana tidaknya, nama pun
kertas KERJA. Bila kertas KERJA, kami diminta untuk mengerah idea dan membuat
kerja. Walhal, pengisiannya tidaklah terlalu berat. Senang sahaja. Seperti membuat
laporan aktviti, macam ni.
Slot pada malam itu berakhir agak lewat, sekitar jam 12
malam, barulah kami pulang ke bilik masing-masing. Almaklumlah, slot ini agak
panjang, dengan perbincangan bersama partner masing-masing. Itu yang habis
lambat tu. Ahamdulillah, tamat hari kedua kami :)
Hari 3. 28 Julai 2013, Ahad.
Hari terakhir ! Nama pun hari terakhir, apa lagi. Bergambar la :) sesi REFLEKSI DAN MAJLIS PENUTUP pada pagi itu berjalan dengan cukup relaks dan sempurna. Mengabdikan kenangan di Puteri Resort. sakan la bergambar. Here some pic of us. Nah hadiah ;)
Check out. Balik ! Penat terasa di badan. Dalam perjalanan
pulang ke asrama tercinta, dalam bas. Tidur. Sesampai sahaja di Maahad, azan
zohor. Alhamdulillah. Selesai kerja pertama. Selesai kem pertama :) apa lagi
cerita lepas ni ?