Slide show

1 / 10
 photo gamba_00000_zpsbypq7zzy.jpg
Barisan kepimpinan pelajar asrama untuk sesi 2016/2017 tampil dengan imej baharu!
2 / 10
 photo hfiz midonn_zpsatduoipm.jpg
Kehadiran Hafiz Hamidun memeriahkan Konsert Gema Mujahadah di SMKA Maahad Muar.
3 / 10
 photo gamba1_00000_zpswe44vm4k.jpg
Pelajar asrama SMKA Maahad Muar kreatif menghasilkan hiasan menggunakan barang-barang terpakai.
4 / 10
 photo gamba7_00000_zpslhcm2f7a.jpg
"Anugerah Huffaz Harapan".Tahniah adik!
5 / 10
 photo gamba5_00000_zpsmhlyu7mq.jpg
Para pelajar menghayati aktiviti berqasidah sehingga menitiskan air mata.
6 / 10
 photo gamba6_00000_zpsy5ddery2.jpg
Pelajar asrama SMKA Maahad Muar amat mementingkan kebersihan kerana 'Kebersihan itu sebahagian daripada iman.'
7 / 10
 photo gamba3_00000_zps59xeirjo.jpg
Majlis Jamuan Akhir Tahun bertemakan Retro ;menggamit memori,menjejak akar budi.
8 / 10
 photo gamba4_00000_zpszq45b9ks.jpg
Aktiviti Usrah merapatkan ukhuwah dalam kalangan pelajar walaupun berbeza tingkatan.
9 / 10
 photo gamba8_00000_zpseoqqglim.jpg
"Yang muda disayangi,Yang tua dihormati ^^ "
10 / 10
 photo gamba2_00000_zpsbcpeylsp.jpg
Lujnah Muslimin bergambar sebagai kenangan

Asrama SMKA Maahad Muar 2017/2018. Powered by Blogger.

KULTIM (Kuliah Tiga Minit) PART I

"Tak salah nak memperkenalkan program baru, asalkan program itu mendatangkan kebaikan kepada kita dan ummah. :)"

Bismillah :)

Assalamualaikum W.B.T.

Sepanjang bulan Julai yang lalu, Program KULTIM (Kuliah Tiga Minit) telah dijalankan. Program ini baru sahaja diperkenalkan pada tahun ini berikutan pengalaman para pelajar yang terpilih untuk menghadiri Kursus Nadwah Peringkat Negeri di SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi pada bulan Mac yang lalu. Semua pelajar asrama Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Muslimin dan Muslimat menyertai dalam program ini. Program ini di bawah Majlis Syura yang terdiri daripada pelajar muslimin dan muslimat tingkatan 4.

Program ini dianjurkan supaya dapat mencapai matlamat yang diinginkan.

1. Pertama dan selamanya, semata-mata untuk mencapai MardhatillahNya.
2. Mencungkil bakat para junior yang boleh memberikan tazkirah yang singkat tapi padat.
3. Melatih sifat keberanian dalam diri setiap peserta agar berani tampil ke hadapan untuk memberikan tazkirah.
4. Memberikan ilmu kepada para penonton yang mendengar tazkirah tersebut.

Program ini mempunyai 3 peringkat. Di sini, saya akan menerangkan 3 peringkat yang dihadapi oleh peserta Muslimat.

Peringkat 1 : 10 peserta (5 peserta Tingkatan 1 dan 5 peserta Tingkatan 2) akan mempunyai seorang facilitator. Para peserta akan mencabut tajuk dan memberikan tazkirah berkaitan tajuk yang dicabut selama tiga minit. Faci tersebut akan menilai dan memilih seorang dari Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. 

Peringkat 2 : 6 orang Tingkatan 1 dan 6 orang Tingkatan 2 dipilih untuk ke peringkat ini. Mereka juga akan mencabut tajuk dan memberikan tazkirah selama tiga minit. Para juri yang arif lagi bijaksana akan menilai mereka dan memilih dua orang dari Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.

Peringkat 3 : Peringkat Terakhir : 4 orang peserta yang dipilih akan bertanding dalam forum berdasarkan tajuk yang dipilih dan diketuai oleh seorang moderator. Para juri iaitu para warden akan menilai mereka.

Dalam masa yang sama juga, Pertandingan Buku Log Terbaik dipilih. Sepanjang mereka mendengar tazkirah yang diberikan, mereka akan mencatat segala yang disampaikan di dalam buku tersebut. 

"Ish, bosan laa. Nak gambar please. =='"

"Okay FINE. :/"

Sudah bosan dengan perkataan? 

Lets pictures tell everything :)

Form 1. Peringkat separuh akhir. *Muka tak nervous langsung :)
Para juri aka para waden yang disayangi :*
Cik Syamimi memberikan komen beliau kepada para peserta.
Para penonton mendengar dengan khusyuk. Jangan sampai 'tersujud' yee :)
Para peserta Tingkatan 2 Muslimin. Peringkat separuh akhir.

Jeng jeng jeng. Ini baru PART I :) Mari kita tunggu next PART. :D
















Popular Posts

Youtube