PROGRAM JAULAH MAHABBAH ARABI KE BRUNEI
"HIDUP ADALAH SEBUAH PERJALANAN. SELALU ADA ALASAN DARI SETIAP PERISTIWA, MESKI KITA TERKADANG TAK PERNAH MENGERTI ALASANNYA, TETAPI IA SELALU MEMBERI PENGAJARAN".
Assalamualaikum W.B.T.
Hai semua. Terima kasih kerana setia menanti post2 seterusnya. Pada hari ini, saya akan menceritakan pengalaman menyertai Program Jaulah Mahabbah ini ke Brunei. Apa itu Program Jaulah Mahabbah? Program ni antara objektifnya, nak jalinkan hubungan dengan sekolah-sekolah di luar dari Malaysia. So, kalau kita ada apa-apa aktiviti yang kita anjurkan atau dia anjurkan, boleh jemput antara satu sama lain. Lebih kurang macam tu la. Dan yang paling penting, pengalaman berada di negara orang.
Okay. Pada hari Jumaat, 21hb November 2014, bermulalah perjalanan kami. Kami bertolak dari Maahad dalam pukul 1.00 pagi. Flight kami pada puku 6.40 pagi di KLIA 2. Terbang punya terbang punya terbang. Kami pun sampai di Airport Brunei pada pukul 10 pagi. Untuk pengetahuan semua, Malaysia masa tu pukul 11. Tapi Brunei pukul 10. So, kita cepat 1 jam. Kami makan di airport. Kami sampai di Bandar Sri Bagawan. Kemudian check in Hotel. Kami melawat sambil Solat Jumaat di Masjid Al-Ameerah AlHaj Maryam. Pada sebelah petang pula, kami melawat sahaja. Kami berjalan ke bandar-bandar dan balik ke hotel pada sebelah malam.
Pada keesokkan harinya, kami bersarapan di Hotel dan bergerak ke Maahad Islam Brunei. Di sinilah ada Pertandingan Debat Bahasa Arab. Sesampainya kami di sini, kami mendengar taklimat dan menandatangani Sijil Jalinan antara SMKA Maahad Muar dan Maahad Islam Brunei. Selepas itu, barulah pertandingan debat dijalankan. Pada pertandingan ini juga, Muhd Hanif bin Naim telah berjaya dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik dengan membawa tajuknya iaitu "Kejayaan Pelajar Tanggungjawab Sekolah". Kumpulan debat SMKA Maahad Muar telah memenangi pertandingan ini. Kami solat zuhur dan asar di sini. Pada sebelah petang pula, kami melawat ke Daerah Tutong. Pada malamnya pula, kami duduk hotel sahaja dan berehat.
Pada hari Ahad pula, kami bersarapan. Selepas itu, kami bergerak ke Radio Televisyen Brunei (RTB). Di sini, kami nampak bagaimana mereka membuat siaran televisyen, tengok radio dan lain-lain. Selepas itu, kami ke Kg. Air hanya dengan berjalan kaki. Kg. Air ini merupakan kampung nelayan. Rumah atas air. Kami menunaikan solat zuhur di Masjid Jame'Asr Hassanil-Bolkiah.
Hari last kami. Kami gerak dari Hotel pada pukul 8. Sepatutnya kami sampai sekolah ni, dalam pukul 8.30. Tetapi apakan daya, kami salah sekolah. 2 3 kali sekolah kami salah pergi. Akhirnya, kami sampai jugak ke Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STIPRI). Di sini, kami mendengar taklimat dan membuat lawatan ke kawasan sekolah mereka. Muhd Hanif bin Naim membuat Persembahan Pidato. Dalam masa yang sama, mereka juga membuat persembahan seperti Nasyid, Choral Speaking dan sebagainya. Alhamdulillah, bersyukur sebab best sangat.
Kami check out hotel pada hari itu. Flight balik kami dalam area maghrib. Jadi sampai Maahad malam. Kami bermalaman di Maahad sehari. Sekian.
Penat menulis ni. Jom tengok gambar! :D
Moga biah solehah yang ada di Brunei dapat kami bawakan dan jayakan di SMKA Maahad Muar in shaa Allah doakan kami. Moga dapat MardhatillahNya :)
Dengan adanya Jaulah yang dianjurkan ni, dapatlah kami bersatu hati untuk menggarap segala kebaikkan dan kelebihan yang ada di Brunei untuk kami bawakan ke Maahad Muar, sekolah yang kami cintai. Seterusnya, untuk dijadikan sekolah kami duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Maahad di Brunei. Sesungguhnya pengalaman itu mengajar kita untuk menjadi lebih baik dan berguna pada bangsa, masyarakat dan negara!
"TRAVEL, IT LEAVES YOU SPEECHLESS, THEN TURNS YOU INTO A STORYTELLER."
Sekian, Wassalam :)
p/s : Terima kasih kepada Muhd Hanif bin Naim aka AnepppWal kerana telah berkongsi cerita kepada saya untuk dicoretkan dalam blog ini. Terima kasih daun keladi ye! :D
Guru dan Pelajar yang menyertai Jaulah Mahabbah Arabi ke Brunei :
1. Pn Hatina binti Yaakob (Pengerusi)
2. Pn Hjh Norhikmah binti A.Bakar (Timbalan Pengerusi)
3. Pn Hjh Zaleha binti Yaakob (Timbalan Pengerusi II)
4. Pn Hjh Rubiah binti Omar (Setiausaha)
5. Muhammad Hanif bin Naim (Ketua)
6. Muhammad Halim bin Zainuddin (AJK Perakam Peristiwa)
7. Muhammad Firdaus bin Muhd. Syahir (AJK Dokumentasi)
8. Muhammad Waie bin Muhammad Rais (AJK Pertandingan)
9. Muhammad Johanafi bin Jamin (AJK Surau)
9. Muhammad Johanafi bin Jamin (AJK Surau)
10. Nur Khaireen Ameerah binti Abdul Halim Alam Shah (AJK Hadiah)
11. Khairunnisa binti Ishak (AJK Banner)
12. Siti Nur Fatihah binti Sahlan (AJK Brosur dan Pamplet)
13. Khalish Diyana binti Mohamad Isa (AJK Perakam Peristiwa)