Slide show

1 / 10
 photo gamba_00000_zpsbypq7zzy.jpg
Barisan kepimpinan pelajar asrama untuk sesi 2016/2017 tampil dengan imej baharu!
2 / 10
 photo hfiz midonn_zpsatduoipm.jpg
Kehadiran Hafiz Hamidun memeriahkan Konsert Gema Mujahadah di SMKA Maahad Muar.
3 / 10
 photo gamba1_00000_zpswe44vm4k.jpg
Pelajar asrama SMKA Maahad Muar kreatif menghasilkan hiasan menggunakan barang-barang terpakai.
4 / 10
 photo gamba7_00000_zpslhcm2f7a.jpg
"Anugerah Huffaz Harapan".Tahniah adik!
5 / 10
 photo gamba5_00000_zpsmhlyu7mq.jpg
Para pelajar menghayati aktiviti berqasidah sehingga menitiskan air mata.
6 / 10
 photo gamba6_00000_zpsy5ddery2.jpg
Pelajar asrama SMKA Maahad Muar amat mementingkan kebersihan kerana 'Kebersihan itu sebahagian daripada iman.'
7 / 10
 photo gamba3_00000_zps59xeirjo.jpg
Majlis Jamuan Akhir Tahun bertemakan Retro ;menggamit memori,menjejak akar budi.
8 / 10
 photo gamba4_00000_zpszq45b9ks.jpg
Aktiviti Usrah merapatkan ukhuwah dalam kalangan pelajar walaupun berbeza tingkatan.
9 / 10
 photo gamba8_00000_zpseoqqglim.jpg
"Yang muda disayangi,Yang tua dihormati ^^ "
10 / 10
 photo gamba2_00000_zpsbcpeylsp.jpg
Lujnah Muslimin bergambar sebagai kenangan

Asrama SMKA Maahad Muar 2017/2018. Powered by Blogger.

HARI MENGEMAS ASRAMA :)



Coretan : Muhammad Zaeem Firdaus bin Md Mokhtar Ashari ( Setiausaha 13/14 )



Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh…



Alhamdulillah dapat ana menulis lagi dalam sesi blog asrama bagi tahun 2013 ini. Sudah sekian lama blog asrama ini tidak dikemas kini seperti menunggu ayam bertelur emas. Oh tidak bergurau sahaja.



Seperti yang diketahui umum seluruh warga maahad akan dicutikan pada tanggal 15/November/2013. Rentetan daripada Hari Terbuka sempena Peperiksaan Akhir Tahun bagi pelajar tingkatan 1,2 dan 4. Bermacam-macam reaksi yang dipamerkan pada raut wajah suci pelajar-pelajar maahad yang baru sahaja mengambil laporan tersebut daripada guru tingkatan masing-masing. Ada yang menangis, gembira dan sebagainya.



Oleh itu pada hari Jumaat yang agak redup merupakan hari terakhir bagi warga maahad berjumpa dan bertemu. Tetapi bagi pelajar yang menduduki SPM mereka terpaksa tinggal di asrama bagi meneruskan perjuangan mereka di alam fana ini. Tidak terkecuali lajnah-lajnah yang telah dilantik bagi tahun2013 & 2014 kerana mereka diberitakan untuk tidak pulang ke rumah awal kerana mereka akan mengemas asrama  sehingga ‘clean and clear’ hingga hari ahad 17/November/2013.



Sebelum mula mengemas warden bertugas Ustaz Khairulzaman memberikan sedikit taklimat serta kata-kata semangat untuk membersihkan asrama yang agak besar itu. Berbekalkan tenaga kerja seramai lebih kurang 35 orang berbanding 48 orang kerana ada yang menyertai lawatan dan hal-hal yang tidak dapat dielakkan.


Dalam taklimat Ustaz memberikan tentatif serta membahagikan kumpulan untuk mengemas. Setelah mendengar taklimat tersebut kami semua menjadi bersemangat namun pada awalnya ramai yang mengeluh. Tetapi atas dasar kesedaran dan tanggungjawab kami lajnah sesi 2013 & 2014 sanggup memikul tanggungjawab ini. Bagi kediaman pelajar muslimin Ketuanya ialah Zahin Akram manakala bagi kediaman muslimat pula diketuai oleh Suhaili Sumari.



Oleh itu bermulalah kerja kami selama 3 hari itu, pada hari pertama iaitu Jumaat malam lajnah muslimin membersihkan Blok A aras 3 manakala lajnah muslimat membersihkan blok lama mereka. Kami mendapati terlalu banyak buku, sampah dan baju-baju yang ditinggalkan oleh pelajar-pelajar. Disini kami simpulkan salah satu budaya pelajar asrama SMKA MAAHAD MUAR ialah tidak tahu menilai sesuatu barang. Perkara berulang juga pada Blok B.  Hasilnya banyak plastik hitam yang dapat kami kumpul.

Bakal dibuang.

Locker dah bersih. Cantik kan ? bersih kan ? Taw ;)

kenapa rasa lain macam je pattern katil tu ? :O


Sampah here and there.

koridor.
Oups. 
Double oups.


Leave it at the end like this. Done. Mission accomplished. 

Kerja pada malam itu tamat dalam jam 11.30 malam kerana itu Dewan Makan telah ditutup. Oleh itu lajah muslimin tekad untuk keluar mencari makanan. Atas izin Ustaz kami pun keluar mengenyangkan perut.



Pada keesokan harinya, kerja kami bermula pada pukul 10.00 pagi kerana terlalu penat. Kami terjumpa segala macam benda yang pelik seperti bilah kipas yang tinggal 2, surat cinta, miyak wangi yang masih berada dalam kotak, seluar sekolah yang masih ada tanda harga, diari peribadi. Duit-duit syiling yang terkumpul lebih kurang dalam RM 15. Banyak tak? Terkejut terketawa terpegun, semua itu reaksi kami apabila melihat segala benda itu. Bertambah lagi ujian untuk diri kami apabila lebih kurang 7 orang munsyid akan membuat latihan termasuk Zahin Akram. Oleh itu, pada petangnya kami menyambung kerja dengan tenaga kerja hanya seramai 10 orang di kediaman muslimin. Dengan izin Allah, kami dapat menyiapkan aras 3 Blok B. Selepas itu, kami mengambil kesempatan untuk melentokkan kepala di tilam yang lembut itu sehingga hendak maghrib.


Pada hari terakhir, semua plastik hitam dikumpulkan dan bersedia untuk dijual. Lori kitar semula datang ke pekarangan kediaman muslimin untuk mengangkut hasil-hasil asrama. Timbang punya timbang Alhamdulillah dapat dalam RM 86 manakala di kediaman muslimat pula lebih banyak untungnya iaitu dalam RM 104. Ini bermakna kediaman muslimin lagi bersih. Siapa setuju?


Begitulah kisah kisah kami dalam Hari Mengemas Asrama yang bermula pada Jumaat petang sehingga Ahad pagi. Penat memang tidak dapat dinafikan tetapi percayalah kenangan sebegini tidak akan dapat di tempat lain lagi.
Semoga berjumpa lagi pada lain hari lain tajuk dan lain nukilan.


May Allah Bless U All With His All Mighty…


Wassalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..


 

 Coretan : Nurul Fatin bt Hamdan ( Setiausaha 13/14 )


“Tahu kan kena stay weekend ni ?”
“Balik rumah hari Ahad ?”
“Yes.”
“Dah agak.”

Tidak terkejut. Common thing. Expected. Benda dah boleh agak.


Assalamualaikum.

Kemas hostel. Kemas asrama. Bermakna kemas segalanya. Get it clean and clear. Leave the room with only the tilam, bantal, locker, langsir and etc. Phew. Setiap tahun pun macam tu, exco sebelum ni pun macam tu juga. Pengorbanan. Itu memang kerja kami ;)


Bermula Jumaat petang (15 November 2013), ketika para pelajar sekalian tingkatan 1, 2 dan 4 pulang ke rumah masing-masing berikutan sesi persekolahan bagi tahun 2013 telah tamat, kami mula mengemas dorm masing-masing.


Seperti yang dinyatakan di atas, written by setiausaha muslim, pada malam itu Ustaz Khairulzaman memberikan sedikit panduan mengemas asrama. Jeng jeng jeng. Panduan. Ewahhh. Bermulalah kerja kami pada malam itu, bala tentera sedia berjuang ! Sasaran kami pada malam itu ialah, aras 3 aspuri blok lama clean and clear. Tapi agak mengecewakan juga, masih ada pelajar yang masih belum mengambil barang-barang mereka. Sedikit sebanyak hal itu menyukarkan kerja kami yang agak tergendala pada malam itu kerana misi tidak tercapai.


Kerja diteruskan pada keesokan harinya, memandangkan para pelajar tingkatan 5 masih lagi berjuang untuk paper SPM mereka, tidaklah rasa terlalu kecil bilangan pelajar yang tinggal di hostel kerana sebahagian daripada kami ada yang mengikuti lawatan kelas.



“Ni macam cantik lagi je jubah ni, ni nak buang ke ni ? Tudung ni ? Ala sayangnya. Ni kasut ni. Buku ni semua ni nak buang ke ni ? Majalah ni boleh baca lagi ni. Novel ni macam elok lagi ni.”
“Aku dah cakap dah, nak buang sayang. Tak buang menyemak.”



Hari Sabtu tu, kerja mengemas, break, makan, take nap, gelak, ketawa, berbual, serius bekerja tak berhenti. Malam Sabtu, mulalah kami semua ikat buku-buku yang perlu dipulangkan ke library, buku teks, buku yang boleh hantar recycle. Macam-macam ada ~


Toksah cakap la kalau tin biskut, hanger memang banyak sahaja. Hari Ahad pula, kerja mengasingkan sampah ! Satgi uncle yang nak ambil barang recycle tu datang. Ada la dalam 2, 3 kali ulang alik ambil barang recycle tu. 


Menjelang tengahari, kerja hampir selesai. Tapi tidak sepenuhnya. Al-maklumlah, bilangan kami pun semakin merosot, yang pergi lawatan, yang dah balik parents jemput. Setakat mana yang mampu la, lagipun akan datang kami akan pulang semula ke hostel menanti kerja-kerja yang seterusnya :)


2 hari yang telah dikorbankan, membawa pengalaman yang cukup menarik sebenarnya. Mana tidaknya, kemas asrama tu. Besar tu hostel. Bukan macam kemas bilik sendiri. Bilik the whole aspuri. Banyak tu. Alhamdulillah :)


End. Wassalam :)


keadaan astaka aspuri yang bersepah. semua sampah telah diletakkan di sini untuk diasingkan.

Hanger.
Buku telah siap diikat untuk dihantar semula ke bilik SPBT dan Perpustakaan Sekolah.







Popular Posts

Youtube