Slide show

1 / 10
 photo gamba_00000_zpsbypq7zzy.jpg
Barisan kepimpinan pelajar asrama untuk sesi 2016/2017 tampil dengan imej baharu!
2 / 10
 photo hfiz midonn_zpsatduoipm.jpg
Kehadiran Hafiz Hamidun memeriahkan Konsert Gema Mujahadah di SMKA Maahad Muar.
3 / 10
 photo gamba1_00000_zpswe44vm4k.jpg
Pelajar asrama SMKA Maahad Muar kreatif menghasilkan hiasan menggunakan barang-barang terpakai.
4 / 10
 photo gamba7_00000_zpslhcm2f7a.jpg
"Anugerah Huffaz Harapan".Tahniah adik!
5 / 10
 photo gamba5_00000_zpsmhlyu7mq.jpg
Para pelajar menghayati aktiviti berqasidah sehingga menitiskan air mata.
6 / 10
 photo gamba6_00000_zpsy5ddery2.jpg
Pelajar asrama SMKA Maahad Muar amat mementingkan kebersihan kerana 'Kebersihan itu sebahagian daripada iman.'
7 / 10
 photo gamba3_00000_zps59xeirjo.jpg
Majlis Jamuan Akhir Tahun bertemakan Retro ;menggamit memori,menjejak akar budi.
8 / 10
 photo gamba4_00000_zpszq45b9ks.jpg
Aktiviti Usrah merapatkan ukhuwah dalam kalangan pelajar walaupun berbeza tingkatan.
9 / 10
 photo gamba8_00000_zpseoqqglim.jpg
"Yang muda disayangi,Yang tua dihormati ^^ "
10 / 10
 photo gamba2_00000_zpsbcpeylsp.jpg
Lujnah Muslimin bergambar sebagai kenangan

Asrama SMKA Maahad Muar 2017/2018. Powered by Blogger.

DEMIMU PALESTIN !!!

Demimu Palestin dengan kerjasama IKRAM telah menggegar bumi Maahad ! Semangat dalam diri pelajar pasti menjulang tinggi. Ditambah pula dengan pelbagai program yang dilaksanakan. Bermula dengan kuliah pagi yang disampaikan oleh pihak Ikram,memang mantap!Ramai juga pelajar kita yang mengambi nota,rajin la katakan. Diteruskan pula dengan acara Explorace yang disertai oleh pelajar tingkatan 1,2,3. Acara ini memang memberi banyak kesan kepada pelajar.Rasanya,kurus pelajar Maahad ni ya sebab dah berlari ulang-alik satu sekolah. Sebelum tamat,diadakan kata-kata semangat.

          Pada pukul 3,pelajar ke Dewan al-Khawarizmi untuk menyaksikan tayangan tentang keadaan di Gaza.Amat sedih! Kemudian,pelajar diberi rehat.Pada malamnya pula,penutupan diadakan dengan semangat yang berkobar-kobar oleh para pelajar. Kumpulan Damai hadir untuk membuat persembahan. Alhamdulillah, ada juga pemuda-pemuda yang memartabatkan nasyid dan menyokong penduduk Gaza. Semoga perjungan mereka dapat diteruskan!!!

           Diikuti pula  dengan pentomen yang dipersembahkan dan agak menghiburkan juga.Pelakonnya terdiri daripada pelajar tingkatan 5. Lakonan tentang keadaan di Gaza.Tentang bagaimana mereka berunding,diseksa,dan banyak lagi.Dalam sedih,ada gelak tawanya,ada juga pengisiannya. Sebelum pemegang pena mengundurkan diri, ingin dikongsikan di sini sebuah pantun :

Raga baldu berisi manggis,
Manggis putih berkulit merah;
Gaza menangis bukan bersedih,
Menangis gembira dilambai jannah.

Kuah soto sudah basi,
Boleh menjebak si rama-rama
PBB Nato juga OIC
Nama berbeza jahatnya sama.

Kemeja adinda belum berjahit,
Kemeja kekanda terlalu sempit;
Remaja Gaza berdarah syahid,
Remaja kita berdarah merempit.

Kelapa muda gugur di lata,
Kelapa tua berlonggok di raga;
Sejak kecil bermain senjata,
Anak Gaza rindukan syurga.

Kuarza ditapis dengan cuka,
Cahaya bersilau nampak persona;
Gaza menangis bukan berduka,
Tapi menangis melihat syurga.

Jangan mengungkit tika berbudi,
Budi bahasa tak jual beli;
Usah marahkan ulah Yahudi,
Kalahkan mereka dengan strategi.

Naga merah berbola api,
Bakul penuh bebola besi;
Gaza musnah takkan sekali,
Al Quds dibenteng tentera Ilahi. 

Aduhai pemuda juga pemudi,
Jangan berleka sersenang hati;
Dari jauh bantuan diberi,
Pohon kemenangan Ilahi Rabbi.





Popular Posts

Youtube