Jamuan Sambutan Hari Lahir & Perpisahan Mantan Penyelia Asrama
Assalamualaikum.
Pada 21 April 2014, Isnin yang lalu, Asrama SMKA Maahad Muar
telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir & perpisahan bersama Mantan
Penyelia Asrama, En Othman bin Jantan.
ketibaan Tn Hj Omar bin Salleh. |
Mantan penyelia asrama, En Othman bin Jantan |
Bacaan doa oleh Lajnah Tugas-Tugas Khas, Khairul Auni Adli |
Upacara Pemotongan Kek bagi wakil setiap bulan dari Januari hingga April :) |
Sambutan sederhana yang diadakan itu adalah bagi meraikan
ulangtahun kelahiran pelajar asrama dari bulan January hingga April serta
perpisahan mantan penyelia asrama, En Othman bin Jantan yang telah berpindah ke
SMK Bandar Maharani.
Cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh para lajnah dan
warden bagi persiapan tempat majlis sedikit merunsingkan. Namun, Alhamdulillah.
Usaha dan ikhtiar yang dilakukan mampu saja mengatasi masalah yang ada secara
bersama - walaupun terdapat kekurangan ketika majlis berjalan. Almaklumlah,
majlis ketika hari persekolahan ~
antara para pelajar dari sekolah SMA Saidatina Khadijah, Melaka |
Pada awalnya, kami telah menetapkan untuk mengadakan majlis tersebut di hadapan Surau Umar Abdul Aziz. Namun, rezeki melimpah ruah pada petang itu dengan turunnya hujan seiring bersama azan asar. Tepat jam 5.40 petang, venue terpaksa ditukar ke Dewan Al-Khawarizmi. Sebenarnya, Dewan Al-Khawarizmi akan digunakan pada keesokan harinya bagi Pertandingan Drama Bahasa Melayu Peringkat Daerah. Sebab itulah venue telah ditetapkan di hadapan surau – sama seperti majlis sebelum ini.
Majlis bermula pada jam 8.15 pm usai sahaja para pelajar menunaikan solat fardhu maghrib. Ketibaan Tn Hj Omar bin Salleh, En Othman bin Jantan, para warden dan penyelia asrama diiring dengan alunan selawat oleh para pelajar. Menu pada malam itu adalah nasi ayam dan kek cawan. Alhamdulillah, walaupun simple :)
Tentative Program |
Selesai sahaja majlis, para pelajar yang lahir pada bulan Januari hingga April diminta untuk naik ke pentas bagi menikmati hidangan kek. Nyanyian untuk diri masing-masing diraikan bersama. Ewahh x)
Tamatlah sudah majlis ~
Kerja-kerja pembersihan dewan dijalankan bersama lajnah,
para warden serta pelajar lelaki tingkatan 2. Pelajar asrama yang lain terus ke
surau untuk solat isyak dan prep !
Wassalam :)
Wassalam :)
:: Setiausaha Asrama ::