Bismillah :)
Hai Assalamualaikum W.B.T
Apa khabar mu di sana? Okay, hari ni nak imbas balik memori tentang jamuan akhir tahun asrama pada tahun ini. Lazimnya, pelajar asrama akan berasa teruja juga dengan event macam ni sebab boleh pakai cantik-cantik!
Dan tema pada tahun ini ialah FROZEN! Alaa alaa ais gituu. Winter~ haha. Selalunya, tema ni ikut decoration dewan je sebenarnya. Pakaian pelajarnya, sama sahaja. Kalau muslimatnya, baju kurung atau jubah atau seumpama dengannya. Ada tema supaya bagi Gempak sikit. :D Kalau muslimin pulak, suka hati mereka. Janji tutup aurat. (Y)
Dalam majlis ini, gabung 3 acara.
Hikayat Kehidupan
Fantasi 1001 Malam
Lambaian Nostalgia Mak Pah
Untuk pengetahuan semua, Mak Pah akan bersara pada hujung tahun ini. Jadi, tahun depan dia dah takde di Pejabat Asrama, menghantui para pelajar yang belum melunaskan duit Dewan Makan. haha! Sesiapa yang liat nak bayar tu, tahun depan jangan malas-malas nak bayar k!
Okay. Daripada membebel, jom tengok gambar! :D
|
Sesi Penyerahan Hadiah :) |
|
Sesi Penyerahan Hadiah oleh Tn Hj Md Dani :D |
|
Persembahan Nasyid oleh pelajar Tingkatan 3 :) |
|
Pelajar Muslimat sedang khusyuk mendengar celoteh MC di hadapan. |
|
Pelajar Muslimin Tingkatan 5. Bakal Alumni ni :D |
|
Kiri Syed. Kanan Ariff. Sila Jaga Kawasan INI! |
|
Persembahan dari Ilham, Johanafi, Khairunnisa dan Amira Badriyah. Seloka. :D |
|
Yeah! MC kita pada hari ini! Goodjob Naimah dan Hanif! |
|
Para murabi tercinta. |
|
Persembahan dari adik-adik tingkatan 2. |
|
Mak Pah sedang memberi ucapan. |
|
Mak Pah menerima saguhati dari pihak asrama. |
|
Para tetamu dan rakyat jelata! |
|
Persembahan dari Pelajar Muslimat Ting. 4! :D |
Okay, masa untuk kami pula untuk berposing! :D
Semoga ikatan dan ukhuwah antara pelajar asrama dan para warden lebih rapat serta dirahmati dan diredhai olehNya. Semoga Allah memberkati perjalanan kita sebagai khalifahNya di muka bumi ini. Doakan perjuangan kami! Lillahi Ta'ala :D
|
Para Lajnah Muslimin Muslimat 2014/2015
|
"Life is SHORT. Smile when You still have Teeth."