MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5 2014 & PERSEMBAHAN FAR EAST
Bismillah.
Okay. Cerita Graduasi dah habis. Now.
Hola Assalamualaikum W.B.T.
Pada hari ini, saya akan mengimbas kembali kenangan yang berlaku di Maahad Muar setelah sekian lama meninggalkan asrama kerana cuti persekolahan yang panjang.
Lazimnya, para pelajar tingkatan 5 SMKA Maahad Muar akan berasa teruja dan tertunggu-tunggu dengan Majlis Graduasi yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah sebelum mereka menghadapi peperiksaan BESAR-TERKEJUT-SERAM mereka, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia or SPM. >,<
Seperti biasa, sehari sebelum Hari Graduasi, mereka akan mendapat satu JUBAH maroon yang dipakai oleh warisan turun-temurun setiap pelajar maahad yang berusia 17 tahun. Seperti mendapat Aura tersendiri. haha! Tapi mereka tak boleh simpan. Kena pulang balik. Sewa, RM50.
#kalau dapat pakai JUBAH *AHMAD IBRAHIM, tak terasa feelnya dapat 11A+ kat situ? haha :D Amin.
Jadi, biarkan gambar berbicara bagaimana hangatnya suasana ketika ini.
Barisan pendidik SMKA Maahad Muar :) |
Gamelan. |
Baling topi! haha! yeayyy :D |
Ustaz Omar datang Maahad! :D |
Actually, yang lagi excited sebenarnya, malam sebelum tu. Ni, memang pantang budak asrama. Kumpulan Nasyid kat Malaysia datang Maahad, buat persembahan.
And tahun ni yang datang, ialah Kumpulan Far East! Mereka dulu pernah datang Maahad. Rindu agaknya, tu yang datang lagi tahun ni. Haha xD Dulu, dia datang dengan Kumpulan Damai tak silap. Tak silaplah. Lupa >.<
Tahun ni, datang dengan lagu baru, barang baru, poster baru. semua baru! Dan promote CD sekali. Pasal zikir yang pasti. Apa-apa pun, jom tengok gambar!
Semua khusyuk |
Sesi autograph |
Apa yang penting, diorang Terbaik! MasyaAllah :)
Sementara kami, menjual. Demi mengumpulkan untung untuk digunakan nanti. haha!
Semoga semua mendapat ibrah dari apa yang berlaku. May Allah bless us. :)
Sekian.
Wassalam :)